Tuesday, March 8, 2011

my first Love Sad Story [base on true story]

semuanya bermula apabila aku dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.
keadaanku ketika itu amat parah, aku merasakan diri ini tidak lagi dapat bertahan.
kerana penyakit darah bukanlah suatu penyakit yang mudah diubati,
kerap juga aku muntah-muntah dan pitam,.ubat-ubatan merupakan kehidupan kedua bagiku.
sejak dulu lg kekuatan badan ku tidak seperti kanak-kanak lain.
aku hanya mampu melihat kegembiraan kanak-kanak lain bermain sesama mereka ditaman hospital.
aku keseorangan, suatu hari ketika aku sedang tidur aku telah dikejutkan dengan bunyi guruh yg amat kuat,
aku ketakutan~
tiba2 dtg seorg gadis yg amat comel berkata awak jgn takut taw sbb awak lelaki,
dia memperkenalkan dirinya sebagai nasha dan baru dipindahkan pagi tadi kebilik ku,
kami byk berborak pd malam itu, Keesokan paginya aku tersedar dalam pelukannya,
aku tidak lagi kesunyian~
selepas beberapa bulan aku bersendiri,
dia hadir dalam hidup ku membawa seribu erti~
aku telah mula kembali bersemangat,
tidak lagi aku menanti dan mencari kebahagiaan,

kami berborak sampai larut malam seperti yang dilakukan remaja lain.
pada saat itu kami berfikir bahawa kami hanya teman dan tidak lebih dari itu
tiap hari, tiap saat, kami menjadi intim...
kami telah berkongsi rahsia kami, hidup kami bersama didlm hospital
perlahan-lahan aku merasa "sesuatu"
sesuatu yang tidak diharapkan antara kami berdua, kami merasakan cinta
bagi ku dirimu ibarat sinar yg memberi seribu harapan,
tanpa dirimu nasha aku tidak akan jadi sekuat ini,

suatu petang nasha berkata tentang sesuatu
bunyinya agak tidak jelaz
aku berasa hairan, tetapi membiarkan sahaja
kami bermain seperti biasa
namun begitu aku merasakan kelainan, perubahan diri nasha amat ketara,
aku tidak begitu suka akan perubahan yang berlaku,.

keesokan paginya.
nasha kelihatan amat sakit,
tetapi nasha masih mampu lg berpura-pura demi ku
sehingga membuatkan aku tidak dapat lagi menahan,
titisan air mata ku mengalir tanpa aku sedari,
kerana aku sedar bahawa aku akan kehilangan diri mu,.
aku tidak pernah merasakan sebegini takut

kerana
Andai diriku kesejukan dirimu pasti dtg menghangatkan,.
Andai diriku kesunyian & ketakutan dirimu sentiasa menemaniku,..
aku tidak lagi merasakan bahawa hidupku kosong dan penuh kesedihan
tanpa dirimu nasha aku masih lagi budak yang tiada harapan

kini telah 10 tahun berlalu,
aku bukan lagi budak yg kesunyian, tiada harapan, dan tiada kawan...
pemergianmu amat menyakitkan hatiku~
aku tertekan, aku kesunyian, aku merindui mu~
setiap kali aku terjaga, aku merasakan kehangatan darimu.
aku seringkali,..
mencari dirimu....

mulanya mmg aku tidak dpt menerima kenyataan mengapa dikau pergi,
tetapi akhirnya selepas 3 bulan berkurung didalam bilik,
aku menyedarinya, aku sedar dikau tidak akan menyukai perbuatanku ini,
nasha terima kasih kerana hadir dalam hidupku
walaupun hubungan persahabatan kita tidak begitu lama
kehadiran dirimu banyak mengubah diriku...
nasha aku menyintai dirimu~ engkau mengajar aku erti cinta~
dahulu hanya dikau sahaja yang mengambil berat akan diriku~


kini aku gembira apabila aku tahu bahawa ade org selain dirimu yang bimbang akan diriku,
kerana dengan itu aku pasti teringat akan dirimu
dirimu selalu di fikiran ku nasha~

aku ingin mengatakan bahawa,
aku menyintai dirimu,
bukan kerana rupa paras mu mahupun kesihatan mu,
tetapi kerana dikau sentiase ade untuk ku~
aku akan selalu mencintai mu
kerana mencintaimu membuatku bahagia
bahagia dari semalam

tetapi hari ini~
aku telah dapat peganti dirimu~

No comments:

Post a Comment