Tuesday, March 8, 2011

adakah aku yang bersalah,...

Sayang Kata-katamu tersangat manis
Aku tidak sedar dikau sedang bermain dgn ku,
dengan kata-katamu,

adakah kau benar-benar ingin menyakiti ku?
Kenapa kau melakukan ini kepada ku? kenapa?

Cerita tentang lelaki lain kepada ku
Kisah-kisah cintamu kepada ku
Aku cuba untuk mengabaikan dan berpura-pura bahawa aku tidak mendengar,
tetapi...

Cara kau bertindak apabila kau sedang mabuk.
Cara kau tersenyum pada kawan ku,
Tolong Hentikan,
Walaupun berkali-kali aku berpesan,

dikau mengatakan "Maafkan BABY" hanya untuk saat itu
dikau mengatakan "BABY akan berubah" hanya untuk saat itu
Hatiku sakit, sakit tersangat sakit, tetapi
Aku tidak dapat mengatakannya,i


BABY dikau menghancurkan hatiku
BABY dikau menyakiti hatiku
Aku telah memutuskan untuk meninggalkan dirimu
aku tahu dan sedar bahawa ini salah,
tapi aku tetap akan kembali kepada dirimu

BABY dirimu dan diriku
tidak mungkin bersama...
Aku menangis didalam, tetapi aku memaksa diri ini untuk tersenyum.

Hatiku keliru..
Aku kelihatan bodoh kerana aku tahu dan sedar bahawa..
Walaupun saya telah diperdayakan oleh cinta Aku menahan air mataku
dari mengalir, aku tidak mungkin kelihatan sedih dihadapan mu,.
Kenyataan bahawa aku adalah mainan yang akan dibuang suatu hari nanti..
Membuat perasaan saya tak tertahankan
Tapi Mengapa! Mengapa!~

Hari ini aku sedar bahawa diriku tidak lagi mempunyai rasa cinta kepada mu
selamat tinggal khayalan,..
maafkan aku jika tidak melepaskan dikau dengan lebih awal~..
selamat tinggal cinta,..

No comments:

Post a Comment