Tuesday, March 8, 2011

sinaran kasih dari mu

ketika melihat wajahmu, diriku hampir rebah,.
ketika melihat dirimu pergi,.. hatiku berdebar-debar
diri ini bercakap dengan rasa malu, seperti anak kecil
ketika melihatmu bibirku hanya tersenyum, entah mengapa,..
suara ku seperti terkunci,
hatiku merasakan bahawa cinta telah datang padaku

dikau telah menawan hatiku
dkau umpama sinar yang menyinari hidupku.
hatiku telah dimiliki olehmu,
nafasku seperti terhenti buat seketika,
aku akan berusaha yang terbaik untuk mu
kerana aku cinta kamu
Tidak ada alasan untuk cinta ku, anda tahu

Sayang, kasih, cinta ku hanya kepunyaan mu
kau lebih indah dari bintang-bintang di atas di langit malam
cinta yang bersinar jauh di dalam hatiku
daku menyukai perasaan ini,

aku cinta padamu sayang..
berikan diriku sinar,
setiap malam diriku melihat bintang-bintang
diriku pasti teringatkan dirimu,
kau cahaya cintaku,.

ketika diriku melihat dirimu, diriku merasa seperti di alam khayalan,..
mungkin cintaku tidak kelihatan,

dirimu terlalu cantik dimata ku
dikau kelihatan menyerlah dan lebih indah dari sinaran matahari di siang hari
dikau menyinari kegelapan di hatiku
diriku amat memerlukan sinaran dari mu

menyintai dirimu adalah perkara terbaik pernah terjadi didalam hidupku
bahkan ketika mataku tertutup, diriku masih melihat dirimu,
melihatmu seperti ini, membuatkan daku terus berusaha..
aku cinta padamu, dirimu amat hangat~
dikau cahaya cintaku~

No comments:

Post a Comment